Jumaat, 28 November 2014

Hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekadar perkongsian di hari Jumaat ini.
Perkongsian ini Cheq Da copy n paste jea...

Amalan terbaik pada hari Jumaat


Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?
Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;
1Mandi sunat Jumaat
Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)
2Membersihkan gigi dan memakai wangian
Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.
Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.
Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)
3Memperbanyakkan doa
Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)
Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.
Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)
4Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW
Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.
Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

9 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Baik perkongsian ni..:)

Bicara Kak Noor berkata...

salam jumaat utk cheqda jugak, perkongsian yg baik terimakasih mengingatkan perkara yg selalu kita lupa dan sibuk dgn urusan duniawi yg tak pernah habis2

AnneRaini berkata...

Alahamdulilah. good sharing.

cheq da berkata...

Untuk pedoman semua

cheq da berkata...

Betul tu kak noor...kdg2 duk ralit dengan kerja duniawi jea kan

cheq da berkata...

Alhamdulillah sekadar perkongsian..

Ayu berkata...

Assalam Cheq da,
terimaksih for the information sangat2 berguna pada kita..:)

Hana Syed berkata...

banyak amalan yang boleh dibuat pada hari jumaat. Kadang2 sampai tak terbuat hihi. pepun konsisten alkahfi dan selawat inshaAllah.

Amy J berkata...

in shaa ALLAH. banyakkanlah buat perkara baik di dunia ni, bukan hanya pada hari Jumaat sahaja.

terima kasih kerana meningatkan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...