Rabu, 26 November 2014

Mee Hun Sarang Burung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama duk fikir nk buat mee hun ni. Selalu jugak duk tgk2 dlm blog kekawang, apa dio la mee sarang burung ni. Tapi bila goreng mee hun dan di makan dengan cara berkuah begini....ternyata memang sedap lah.



Kuahnya Cheq Da olah mengikut gaya Cheq Da sendiri. Buat kuah ala-ala lakna. Memang Cheq Da tak suka kuah yg pekat-pekat sekadar pekat sikit jea.


Mee hun sarang burung ni memang puas hati la..nti ada kelapangan boleh buat lagi.

MEE SARANG LADNA
Resepi asal - Alam Sari dan Ika Arah
dicuba oleh - zila4ever.blogspot.com

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.



kuah ladna - ika arah
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam-kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair - brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah

13 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Rasa laparlah pulak tengok gambar mihun tu... :)

Bbwana adienia berkata...

wah..nampak menarik..kuah tu pun nampak sedap..

Kayu Manis berkata...

pepagi singgah sini udah terliur cheq da..bila nak jamu knor mkn ni..

norhidana miswan berkata...

alahai msti sedap pekat2 rangup gitu kan

cheq da berkata...

Kak cik boleh la buat nti

cheq da berkata...

Boleh cuba bb

cheq da berkata...

Meh mai cameron knor..

cheq da berkata...

Sedapppp...

umi's cup cake berkata...

tak pernah buat lagi ni..masuk list dulu la

AnneRaini berkata...

wah sedap ni..feveret sy.

hazila berkata...

Suka menu begini. Nampak menyelerakan.

LiNa_Pg berkata...

Nampak sedap tu, stak pernah makan lagi mi sarang burung...Rupa paras menggambarkan Chineese Food...suka gak menu camni..

Najib Ariyan berkata...

Hahahaha... mula asalnya ingatkan memang buat dari sarang burung yg mahal tu... rupanya di buat bentuk sarang burung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...