Biskut raya bulan lepas....
Semperit Susu
Bahan-Bahan:
- 250 gram mentega
- 1 cawan susu pekat
- 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
- 1 sudu teh esen vanilla
- coklat chip, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
- Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
- Terap dan hias bersama coklat chip.
- Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara
biskut terlajak laris ni..sedap
BalasPadamMmg sedap yan
Padamselamat hari raya Cheq Da....menjadi je biskut awak, cntik...
BalasPadamMmg ikut resepi betul2 kak ruby..alhamdulillah
Padam